Thursday, March 20, 2014

kambing AQIQAH BESTFARM 2014

Aqiqah Bersama Best farm
Tahniah bagi ibubapa yang telah menimang cahayamata, Alhamdulillah atas rezeki dan kurniaan yang terindah buat ibubapa semua. Tapi adakah tuan/ Puan telah melaksanakan Aqiqah buat anak-anak anda? Bagi yang belum atau tercari-cari atau tidak tahu, di sini kami sertakan sedikit Ilmu yang boleh kita kongsikan bersama. Semoga ia memberi manfaat dan kefahaman kepada kita semua mengenai Aqiqah.
Jika Tuan/ Puan berminat atau berhajat bolehlah menghubungi Best Farm terus di talian ini.
Salehuddin (012-2228030 / 019-2338030)
Sharifuddin (014-2221030)
Cik ct 017-7008830
Aqiqah ialah penyembelihan binatang aL-An'am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.. Ia dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t disamping untuk mengisytiharkan
kelahiran cahaya mata mereka.. Aqiqah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan dalam Hadis yang bermaksud :
"Daripada Samurah, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda tentang Aqiqah : Setiap kanak2 bergantung pada Aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya.."
Perkataan 'aL-Murtahin' dalam Hadis di atas membawa maksud 'Anak tersebut tidak memberi Syafaat kepada kedua ibubapanya pada Hari Kiamat nanti jika ibubapanya tidak melakukan Aqiqah untuknya..'

Hukum Aqiqah :
Hukum melakukan Aqiqah ialah Sunat Muakkad, meskipun bapa bayi itu dalam kesempitan.. Rasululllah s.a.w pernah melakukan Aqiqah, dan demikian juga para sahabat baginda..

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w telah melakukan Aqiqah kepada Hassan dan Hussin dengan dua ekor kibas tiap2 seorang..

Berdasarkan Hadis tersebut adalah afdhal bagi ibubapa yang berkemampuan melakukan Aqiqah dengan dua ekor kambing untuk seorang anak lelaki, dan seekor kambing untuk seorang anak perempuan.. Sekiranya mereka kurang berkemampuan, memadai dengan seekor kambing sahaja untuk tiap2 seorang seperti Aqiqah yang dilakukan oleh oleh Rasulullah s.a.w untuk Hassan dan Hussin..

Seekor unta / lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang samada untuk tujuan Aqiqah sahaja, atau sebahagian untuk Aqiqah, dan sebahagian yang lain untuk tujuan penyembelihan biasa..

Aqiqah tidak boleh dilakukan dengan menggunakan wang kanak2 itu sendiri, kerana ia adalah tabarru' berbentuk sedekah.. Jika wang kanak2 itu telah digunakan, maka ia hendaklah digantikan semula..

Tuntutan Aqiqah ialah sehingga kanak2 itu Baligh.. Aqiqah juga sunat dilakukan untuk kanak2 yang telah meninggal dunia.











No comments:

Post a Comment